feel free to navigate around. FOLLOW | DASHBOARD.
What About You?


Stories | Panda Sepet | heyhoy

Monday, August 5, 2013
★ Hanya Tinggal Kenangan ★


"Persahabatan adalah suatu ikatan yang terjalin antara seseorang individu dengan individu yang lain. Ia adalah suatu yang murni dan suci. Namun, ada sesetangah manusia yang tidak tahu menghargainya malah tidak ikhlas dalam menjalin sesebuah PERSAHABATAN. Sesuatu persahabatan yang terjalin tidaklah semata-mata hanya mengharapkan balasan atau hanya untuk kepentingan diri. Tetapi persahabatan adalah untuk menjalin silaturrahim sesama manusia.


Oleh yang demikian, perlulah kita mengubah niat sebenar dalam erti kata persahabatan yang sebenar. Sahabat yang sejati adalah insan yang menangis dan ketawa bersama kita. Dialah insan yang tahu hati budi dan perasaan kita dalam menempuh hidup yang serba mencabar. Dan seorang sahabat tidak akan pernah meninggalkan kita melainkan ajalnya sudah tiba. Sesungguhnya untuk mencari kawan memanglah mudah tetapi untuk mencari sahabat sememangnya sukar untuk ditemui kerana ia hanyalah satu dalam sejuta.
Justeru, janganlah kita sesekali menyakiti sesiapa kerana kelak kita akan disakiti pula. Untuk menjadi sahabat yang sejati perlulah kita membersihkan diri kita dengan sifat jujur, ikhlas, sabar, dan penyanyang."


Semua penyataan di atas adalah apa yang aku faham tentang persahabatan. Hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang salah seorang hamba Allah S.W.T yang pernah dikenali sebagai sahabat aku.

Seperti biasa, semua orang pasti ada kawan2 yang rapat dengan korang kan? Sama juga seperti aku. Okay, dulu aku ada geng sendiri yang terdiri daripada Raja Aqilah, Nurul Wadiah, Ely Asikin, Nurul Farhanah, Najiha HamidKhan dan aku sendiri. 
Dulu masa form 1 sampai awal tahun form 4, aku paling rapat dgn Najiha Hamid Khan, atau dikenali sbg Jieha. Perangai dia sebiji macam aku. Sekepala lah katakan. Haha. Selalu buat kerja gila sama2, gelak sama2, menggila sama2, kadang2 menangis pun sama2. Dulu sama tadika dgn dia. So, aku dah kenal sgt perangai dia macamana. Tapi malangnya, sekarang aku sudah kehilangannya. Dia tak pergi ke mana2 pun. Ada jee kat sekolah tu. Cuma dia dah mula jauhkan diri dia dari kitorang semua. Now dia dah ada geng baru. Sampai sekarang aku still tak tahu apa alasan dia yang sebenar kenapa dia menjauhkan diri dia dari kitorang semua. Dia kata yg dia ada alasan dia sendiri. Takpalah, apa boleh buatkan? Redha jelah. Maybe dia sakit hati dgn kitorang kot. Tapi entahlah.
Aku rasa, aku rindu kot nak menggila dgn dia macam dulu. Sampai sekarang aku still care pasal dia. Kantoi. Hoho. Tapi nak buat macamana kan? Benda dah jadi. Takleh ulang balik dah benda dulu. Okay, aku dah takde idea nak tulis apa dah ni. Sampai sini jelah kot. Kat bawah ini ada beberapa gambar kitorang dgn dia. Act ada banyak lagi kat album ni haa, yelah kitorang ni pantang nampak kamera.


Kenangan Masa Form2

Kenangan Masa Form3 Lepas PMR


Kenangan Masa Awal Tahun Form4 and Masa Raya Last Year


0 loner (s)
PastFuture