feel free to navigate around. FOLLOW | DASHBOARD.
What About You?


Stories | Panda Sepet | heyhoy

Sunday, August 18, 2013
Yesterday ❤

Jumpa dia lagi. Tiga hari berturut-turut aku dapat berjumpa dengan dia. Semalam hang at MP DP . Kitorang ada tengok movie "PERCY JACKSON" . Aku hang dengan Rajee sekali. Okay malas nak taip. Tengok jelah gambar









0 loner (s)
Thursday, August 15, 2013
With THEM ❤

Assalamualaikum semua. hoho. Hari ni best gilaa. tapi takde lah gila, boleh lah. haaa nak tahu apaa jadi? Hari ni aku jalan2 raya dengan kawan2 aku yg aku sayang. Tapi tak semua dapat datang. Perempuan 4 orang jee termasuk aku. Raje, Ely, Ratna and aku. Lelaki kemain ramai lagi. Tu semua geng fizi lettuh. Fizi, Capikk, Ras, Iqmal, Nazmee and Hakim. Banyak lah jugaa rumah kitorg serbu. First mestilah rumah org yang tercinta. hahah. Rumah Fizi, kitorg breakfast at rumah dia. Then pergi rumah Eza, pastu rumah Iqmal. Then kitorg pergi menunaikan solat zohor. Then pergi rumah Hakim, ayah Iqmal hantar naik kereta dia. Nasib baik muat. hoho. Sampai rumah Hakim, kemain banyak selipar and kasut. Semua budak laki lak tuu dari Munshi. Pastu pergi rumah Capikk. Then rumah Nazmee. At rumah Nazmee, aku dgn fizi kena bahan habis habisan. haiyooo. Capikk lah mulaa. Capikk tu pulaa jadi PAPARAZZI, tak habis2 snap gmbar aku dgn fizi senyap2. Siut jeee. Then pergi rumah Ratna. Last sekali pergi rumah aku. Peh pehh , penat gilaaa woo. Melecet kaki haaa. Pastu lenguh kaki haa. Best dapat raya dgn fzi. hehe. Bukan selalu jumpa dia pun kan. Ni haaa ada gmbar sikit :)

Paparazzi Capikk yang snap. haaa


Okayy tu jelah gambar. Yang lain dalam phone. Malas nak transfer. hoho



0 loner (s)
Monday, August 5, 2013
★ Hanya Tinggal Kenangan ★


"Persahabatan adalah suatu ikatan yang terjalin antara seseorang individu dengan individu yang lain. Ia adalah suatu yang murni dan suci. Namun, ada sesetangah manusia yang tidak tahu menghargainya malah tidak ikhlas dalam menjalin sesebuah PERSAHABATAN. Sesuatu persahabatan yang terjalin tidaklah semata-mata hanya mengharapkan balasan atau hanya untuk kepentingan diri. Tetapi persahabatan adalah untuk menjalin silaturrahim sesama manusia.


Oleh yang demikian, perlulah kita mengubah niat sebenar dalam erti kata persahabatan yang sebenar. Sahabat yang sejati adalah insan yang menangis dan ketawa bersama kita. Dialah insan yang tahu hati budi dan perasaan kita dalam menempuh hidup yang serba mencabar. Dan seorang sahabat tidak akan pernah meninggalkan kita melainkan ajalnya sudah tiba. Sesungguhnya untuk mencari kawan memanglah mudah tetapi untuk mencari sahabat sememangnya sukar untuk ditemui kerana ia hanyalah satu dalam sejuta.
Justeru, janganlah kita sesekali menyakiti sesiapa kerana kelak kita akan disakiti pula. Untuk menjadi sahabat yang sejati perlulah kita membersihkan diri kita dengan sifat jujur, ikhlas, sabar, dan penyanyang."


Semua penyataan di atas adalah apa yang aku faham tentang persahabatan. Hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang salah seorang hamba Allah S.W.T yang pernah dikenali sebagai sahabat aku.

Seperti biasa, semua orang pasti ada kawan2 yang rapat dengan korang kan? Sama juga seperti aku. Okay, dulu aku ada geng sendiri yang terdiri daripada Raja Aqilah, Nurul Wadiah, Ely Asikin, Nurul Farhanah, Najiha HamidKhan dan aku sendiri. 
Dulu masa form 1 sampai awal tahun form 4, aku paling rapat dgn Najiha Hamid Khan, atau dikenali sbg Jieha. Perangai dia sebiji macam aku. Sekepala lah katakan. Haha. Selalu buat kerja gila sama2, gelak sama2, menggila sama2, kadang2 menangis pun sama2. Dulu sama tadika dgn dia. So, aku dah kenal sgt perangai dia macamana. Tapi malangnya, sekarang aku sudah kehilangannya. Dia tak pergi ke mana2 pun. Ada jee kat sekolah tu. Cuma dia dah mula jauhkan diri dia dari kitorang semua. Now dia dah ada geng baru. Sampai sekarang aku still tak tahu apa alasan dia yang sebenar kenapa dia menjauhkan diri dia dari kitorang semua. Dia kata yg dia ada alasan dia sendiri. Takpalah, apa boleh buatkan? Redha jelah. Maybe dia sakit hati dgn kitorang kot. Tapi entahlah.
Aku rasa, aku rindu kot nak menggila dgn dia macam dulu. Sampai sekarang aku still care pasal dia. Kantoi. Hoho. Tapi nak buat macamana kan? Benda dah jadi. Takleh ulang balik dah benda dulu. Okay, aku dah takde idea nak tulis apa dah ni. Sampai sini jelah kot. Kat bawah ini ada beberapa gambar kitorang dgn dia. Act ada banyak lagi kat album ni haa, yelah kitorang ni pantang nampak kamera.


Kenangan Masa Form2

Kenangan Masa Form3 Lepas PMR


Kenangan Masa Awal Tahun Form4 and Masa Raya Last Year


0 loner (s)
Friday, April 12, 2013
Birthday Girl ! hikhik

Assalamualaikum korang! Rindu aku? hahaha. Okay now nak ceritaa pasal 'Birthday Girl' . hahaha
Today - 12 April 2013 , adalah hari kelahiran Khairunnaseha yang ke-16. Ohh Sayhaa, kauu sudah tuaa wei. hahaha. Nak tahu apaa berlaku kat diaa hari ni? Kesian akuu tengok dia. Okay now cerita. Pagi2 lagi kat sekolah lepas perhimpunan, diaa dah kena cubit dengan aku sebanyak 16 kali sambil tu akuu nyanyi lagu 'Happy Birthday'. Sweet tak? hahaha lol. Then masuk jee kelas, akuu dah siap2 letak kann hadiah diaa at atas mejaa. Ececehh konon surprise. lol. Time rehat pulaa, akuu dengan MimiNisa dah rancang nak baling bedak at Sayhaa. Time Sayhaa tengah lekaa tunduk bawah, Mimi dah bagi isyarat at akuu baling bedak kat dia. hahaha. Terkejut diaa. Bak kataa Sayha, dah macam SnowWhite jee. lol. Then Mimi pulaa baling kat Sayhaa, memang tepat lah kena mukaa dia. hahaha. Teruk dah diaa kena. Lepas dah buat macam tu, akuu and dorang gi sapuu balik bedak tu. hahaha. Dah buat sepahh, so kena lah kemas balik. Beg Sayhaa habis kenaa bedak. Dari hitam dah jadi putih. hahaha. Mimi ngelat dari terkena bedak. Siutt jee dia. lol. Tapi apa2 punn, Sayha kataa dia suka lah hari ni. Dia enjoy even dah kena teruk dengan bedak tu semua. By the way, HAPPY BIRTHDAY SAYHA a.k.a SexyEyes! Hahahaha. May Allah bless youu mok!

Happy Birthday Sayhaa!

0 loner (s)
Friday, January 18, 2013

Assalamualaikum korang ! Wowwwww weeeeee, lamaa gilaa aku tak updated blog ni . Banyak sawang dahh kat dalam blog ni . Hoho . Korang tahu tak? Aku tak sukaa lah 2013 ni . Banyak benda yang menyedihkan . Ramainyaaa nak pindah sekolah . Sedihh akuu , sampai hati dorang tinggalkan akuu . Hmm . Mingguu ni jee dah ramai ready nak pindah . This week topic panas kat sekolah ialah "Wey kau pindah sekolah?" . Hmm , adaa yang pindah Teknik , Kolej Vokasional , SBP , sekolah biasaa , KYS . Aku harap korang berjayaa kat sekolah baruu tuu . Bukan budak sekolah aku jee yang ramai pindah , budak sultan pun ramai yang pindah sekolah especially Muhammad Hafizi Abu Bakar . Dia dapat tawaran ke SBPI Selandar , aliran Sains Agama . Dia buat keputusan untuk berpindah ke sekolah tu . Yelah , sekolah bagus tuu , takkan nak tolak . Nanti menyesal pulaa kalau tolak . Tapi dia sedih juga lah sebab tak dapat tawaran ke sekolah yang dia teringin pergi tuu iaitu KISAS . But its okayy , asalkan dapat sekolah yang bagus . Hmm , siapa lah yang tak sedih kann orang yang istimewa bagi kitaa pindah jauh dari kitaa . Aku ofcourse lah sedih dia nak pindah , tapi pada masa yang sama akuu tumpang gembira dia dapat tawaran ke SBPI tuu . Aku harap dia berjayaa di sekolah sana dan dia gembira di sekolah tuu . Kepada Hafizi , takmo tension2 tauu , jagaa kesihatan tuu , study smart dan good luck there ! I am happy for youu :'> . Jangan lupaa qiela yee , hope we still can contact each other . Qiela taknak lost contact macam duluu lagi . And I am very sorry for everything . Qiela akan sentiasa doakan kejayaan fizi dan fizi doakan kejayaan untuk qiela supaya qiela dapat jadi macam fizi . Thank youu for everything fizi :') . Okaylah , akuu taktahu nak tulis apa lagii . Mataa akuu dah berair dah sampai tak nampak screen . Bye byee korang yang pindah tuu . Take care bebehh . Jangan lupaa akuu kat STPM ni , roger2 lahh nanti . Assalamualaikum *wipe tears*


Bye Muhammad Hafizi Abu Bakar . I'll  miss youu . Take care and good luck there :'>




0 loner (s)
Past